Tuesday 6 September 2011

ASPIRASI PPDa SMKAL


Misi PPda SMKAL
melahirkan pelajar bebas dadah melalui program PPda yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek akademik dan kepimpinan, kokurikulum dan pembangunan sahsiah.


Visi PPda SMKAL
sekolah bebas dadah tahun 2013


Motto PPda SMKAL
menjana keunggulan permata rabbani 


Objektif PPda SMKAL

·       Menyediakan satu pusat akses maklumat lengkap berkaitan PPDa di sekolah
·       Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah di kalangan murid secara lebih sistematik dan berkesan
·       Menjadi bilik gerakan kepada perancangan dan pelaksanaan program PPDa
·       Menjadi tempat interaksi murid- murid dalam usaha membangunkan karakter murid di sekolah



Piagam pelanggan PPda SMKAL

Kami berjanji :
Akan memberi perkhidmatan cemerlang melalui perancangan dan pelaksanaan dalam pengurusan bilik ini dengan menepati ciri - ciri berikut:
1.     Memberikan layanan mesra kepada semua pelanggan
2.     Mendapatkan segala maklumat yang diperlukan dalam kadar segera
3.     Menjalankan setiap aktiviti yang diamanahkan dengan penuh kreativiti dan rasa tanggungjawab dan
4.     Dalam masa yang sama mematuhi undang –undang dan dasar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah