LAPORAN KLINIK BERHENTI MEROKOK
Bidang : Pendidikan Pencegahan Dadah dan HIV
Tarikh : 6 September 2011
Masa : 8.00 – 1.30 petang
Tempat : Bilik sumber PPDa
Sasaran : 35 orang pelajar sukarela ingin berhenti merokok
Latar belakang aktiviti :
- Program ini dilaksanakan setiap tahun bagi pelajar yang berminat mengikutinya.
- Sebelum Klinik dilaksanakan, guru B&K telah membuat promosi dan penerangan kelebihan klinik ini kepada semua pelajar yang pernah dan sedang terlibat dengan rokok .
- Data pelajar yang pernah dan sedang merokok didapati dari soal selidik yang diagihkan kepada semua pelajar SMKAL sebelumnya.
Rumusan aktiviti :
- Program ini dilakukan secara 2 fasa iaitu fasa mengenalpasti tahap ketagihan dan bagaimana untuk berhenti merokok.
- Fasa kedua pula ialah susulan dari tindakan pelajar selepas mengikuti klinik fasa 1
Kekuatan :
- Program ini memberi peluang kepada pelajar yang telah terlibat dengan rokok sejak sekolah rendah untuk memperbaiki diri mereka agar berhenti merokok.
- Bukan setakat pengakuan, pelajar diuji dengan alat khas bagi mengukur tahap ketagihan mereka. Tindakan yang sesuai dengan tahap ketagihan dapat diberikan bagi pelajar yang memerlukan.
Kekangan :
- Walaupun maklumat terperinci bahaya rokok telah disampaikan, pengaruh kawan dan persekitaran menyebabkan pelajar masih mengulangi tabiat lama.
- Manusia mudah lupa- peringatan perlu kerap diberikan supaya tiada kes berulang.
Penambahbaikan :
- Mengadakan program susulan yang lebih kerap bersama pegawai dari Pejabat Kesihatan.
- Mengadakan pemantauan dan pertemuan berterusan kepada pelajar terlibat agar benar-benar bebas rokok.
PEGAWAI KESIHATAN MEMERIKSA TEKANAN DARAH PELAJAR
PARA PELAJAR TEKUN MENDENGAR TAKLIMAT
PN RAPIAH BERBINCANG DENGAN PEGAWAI KESIHATAN
UNTUK PROSES PEMERIKSAAN KESIHATAN
PELAJAR MELIHAT TAYANGAN YANG DIPAPARKAN
PELAJAR MENUNGGU GILIRAN UNTUK MENGUKUR KETINGGIAN
PELAJAR MENGISI BORANG KESIHATAN
PELAJAR SEDANG MENGUKUR KETINGGIAN
PEGAWAI KESIHATAN LIMBANG EN ROGER DAN RAKANNYA
TAKLIMAT DARIPADA
HJ JUNAIDI,PEGAWAI KESIHATAN LIMBANG
PENERANGAN TERPERINCI UNTUK MENGISI BORANG
EN ROGER SEDANG MEMBERI CERAMAH BERKAITAN
BAHAYA ROKOK
TAKLIMAT SEDANG BERLANGSUNG
TURUT HADIR TUAN HJ JAFRI HJ MAIL PENOLONG KANAN 1
YANG PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN PELAJAR
PELAJAR KHUSUK MENDENGAR TAKLIMAT
KEBERKESAN KLINIK BERHENTI MEROKOK INI
BAIK UNTUK MASA DEPAN PELAJAR YANG KETAGIHAN
ANTARA PELAJAR YANG BERISIKO
TAKLIMAT TERAKHIR SEBELUM PEMERIKSAAN KESIHATAN
SESI BACAAN IKRAR BERHENTI MEROKOK
DARIPADA SEMUA PELAJAR YANG TERLIBAT
WAKIL SEBAGAI KETUA PELAJAR UNTUK MELAFAZKAN IKRAR
PEMBERIAN CENDERAHATI OLEH
KAUNSELOR KEPADA SEMUA PEGAWAI KESIHATAN YANG HADIR
PN RAPIAH MEMBUAT RUMUSAN DAN PENUTUP UNTUK
PROGRAM KLINIK BERHENTI MEROKOK
SEMUA PELAJAR KELIHATAN GEMBIRA MENGIKUTI
KLINIK BERHENTI MEROKOK INI